tidak pernah sebelum ini ……
tidak pernah sebelum ini
impian menjadi realiti
yang dulunya hanya mimpi
berubah menjadi berita terkini
tidak pernah sebelum ini
10 ribu pelajar tadika
mahir menggunakan komputer
fasih Inggeris, cekap mengira
pandai sains selain bahasa
tidak pernah sebelum ini
Terengganu kekal juara carta
5 tahun UPSR terbaik
Terengganu jadi contoh semua
apakah pernah sebelum ini?
betapa seronoknya anak-anak belajar
Sekolah Imtiaz dan Premier
Terengganu Kreatif Pendidikan
Ternyata berbeza dari biasa
tidak pernah sebelum ini
pelajar IPT tidak perlu keluar negeri
Terengganu sudah ada universitinya sendiri
Universiti Darul Iman Malaysia
pertama seumpamanya dalam negara
tidak pernah sebelum ini
62 masjid didirikan,
5 pajak gadai Islam dibina
2000 rumah untuk PPRT
140 juta untuk nelayan dan petani
32 Bestari. Com pusat ICT
Lebuhraya, Lapangan Terbang
Komplek Sukan Negeri,
semuanya baru
semuanya hadiah buatmu
Rakyat Terengganu Bestari
siapa sangka si Pulau Duyong
jadi perhatian jutaan penonton
menganjur pertandingan antarabangsa
Monsoon Cup, Rainforest Challenge,
Sukan Berkuda
membawa dunia ke Terengganu
membawa Terengganu ke pentas dunia
mengantarabangsakan Terengganu!
tidak pernah sebelum ini
tidak terlintas di fikiran ini
tidak tergambar kecuali mimpi
kini semuanya terhampar luas
menjadi realiti
yang Pasti!
ayuhlah bangsaku
marilah bersamaku
ayuh!
Kita lakar kejayaan!
Kita bangunkan ummah!
Kita pahatkan sejarah!
Kita ciptakan tamadun!
TAMADUN TERENGGANU BARU!!
Karya : YAB Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh,
Menteri Besar Terengganu
Tuesday, March 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment